Wednesday, July 20, 2011

tidur

jangan kaw suka tidur lg yaa!!!haha
Kali nie..nak ceritakan berkaitan dengan tidur..sbb nyer semalam aku tidur seharian dan apabila bangun terasa sangat lah rugi kerana satu hari telah berlalu dengan begitu saja..ini terjadi kepada org yang selalu overdose tidurnya mcm lar aku nie..namun tidak lagi perlu dikesalkan kerana ia nya sudah berlalu..ish ish ish..*sambel geleng2 kepala..



aku nie boleh dikategorikan dlm manusia yg kuat tidur gak lar kowt..dan sekali tidur..mmg overdose nyer jgn dicerita lar..kira kategori overdose tidur bg remaja mcm aku nie..lps 8 jam sehari..dan mampu jer aku tidur 20 jam sehari..haha..sungguh nikmat rasanyer biler dpt tidur lama2 tanpa gangguan..lagi2 bila da duduk sendiri nie..kunci pintu ..tak der saper kacau aku tidur..hahaha..tapi selalunya lepas bangun andai ada suatu perkara kena buat terlepas..sangat lar merasai sesalan di situ..

tapi sebenarnyer..tidur tuh penting gak..meh sini aku senaraikan kepentingannya:
-dapat merehatkan badan 
-dapat menghilangkan kesakitan 
-dapat merehatkan minda @ pikiran

namun..biler termasuk dalam golongan overdose tido..byk pulak keburukannya..antaranya seperti:
-terasa satu hari itu berlalu dengan pantasnya
-sekejap saja melihat dunia
-mungkin terlepas waktu solat jika tidur tanpa bangun langsung
-terlepas melakukan kerja2 penting
-buat org bengang sbb mungkin kita sepatotnyer bertangunggjwab kat sesuatu perkara bila masa kiter tidur tu
-lepas bangun otak weng2
-boley menjadi blur sekejap
-terlepas waktu makan

waktu tidur yang betul dan berkualiti adalah lebih kurang satu pertiga dari hayat satu hari..maksudnya 8 jam sehari sahaja..oleh itu..tidurlar dalam jangka waktu itu sahaja bagi mengelakkan keburukan yang telah disenaraikan tadi berlaku.*pesanan utk diri sendiri..

tapi kalau kat rumah..mak suka tengok aku tidur jer..haha..sebabnya nanti aku tak berjalan ke mana2..sbb dia risaw kalau berjalan jer jdx papew kan..sbb risiko di luar rumah tuh lagi tinggi..haha..syg nyer mak di situ..tapi..kalau overdose sgt..boley tahan gak bisingnya nanti..haha..kalau kat tpt belajar nie..laen plak citernya.. sampai pernah digelar bayi pra-matang sbb aku tidur overdose sgt..hahaha

nie plak pesanan ikhlas yg dibawakan utk diri sendiri dan sesiapa shj..

Tidur adalah satu cara untuk kita sebagai manusia menghilangkan keletihan dan kepenatan. oleh itu, mari kita kongsi bersama cara tidur yang sebaik-baiknya yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

-tidurlah di awal malam sesudah solat isyak jam 10.00 atau 11.0 dalam keadaan berwuduk
-bangunlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud
-kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar
-tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas supaya tetap kedudukan makanan dalam usus, cepat hadam makanan
-tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

waktu-waktu yang tidak dibenarkan tidur:
-awal-awal pagi setelah terbit matahari.
-selepas masuk waktu asar.
-tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan

bahaya tidur di siang hari:
-mendatangkan penyakit kulit.
-merosakkan warna kulit
-melemahkan jantung.
-melemahkan badan dan tenaga syahwat
-melemahkan kecerdasan akal.

atas nie copy paste dari sumber2 tertentu..haha..janji baek kita ikot..

No comments:

Post a Comment