Tuesday, July 26, 2011

love is cinta

image from google
Post kali nie nak berceritera berkaitan dengan cinta sikit..eh bukan siket tapi nak bercerita panjang..huhu..adakah ini tanda aku jatuh cinta semula?haha..tak per..jap lagi kiter ceritakan semuanya..nie kali pertama post seperti ini yang melibatkan cintan-cintan ini..wahhhh..haha


anggaplah ini pandangan berkaitan dengan cinta daripada seorang yang masih muda, tidak pandai berkata, kekurangan kepandaian dan penuh dengan kekurangan lagi..namun aku tetap juga ingin berkata berkaitan dengan cinta yang paling agung iaitu cinta paling tinggi tahapnya semasa masih menyedut udara ini di atas dunia ini..

biasanya orang yang bercinta ni katanya cinta itu anugerah..anugerah dari tuhan, anugerah dari allah, anugerah dari pencipta untuk hambanya dan berbagai-bagai versi lagi lah..yang pastinya menganggap cinta itu cukup terindah..tapi di tahap mana pulak cinta kita berikan kepada pemberi anugerah itu?mungkin tinggi setinggi mana yang selalu dikatakan bila bercinta sesama manusia, mungkin rendah seperti mana tidak lagi mencintai orang yang pernah dicintai itu..tu terpulang kepada diri sendiri di mana tahap kecintaan kita kepada pemberi anugerah itu..

umur aku 20 tahun..kalo ikot kerajaan malaysia umur 15 hingga 40 tahun dianggap golongan belia iaitu golongan remaja, golongan muda..sebab apa cita pulak pasal umur nie..haha..sebabnya nak katakan bahawa pada tahap umur ini lah peluang yang seluasnya dibukakan untuk menunjukkan cinta pada pemberi anugerah cinta itu ialah ALLAH..namun pada tahap umur ini jugaklah pelbagai ujian mendatang..tak siapa terlepas daripada ujian dunia dan tiada siapa yang sempurna dengan berjaya mengharungi umur ini seperti mana yang di harapkan oleh pencipta itu..

seperti da kata tadi aku bukanlah seorang yang pandai, tapi seorang yang banyak kesalahan..tapi tak salah untuk sama ingat-ingati kan..huhu..jadi al ustaz arinie..banyak kelebihan diberikan kepada orang muda diberikan allah tu jika taat kepadanya..dia pown cinta kita kan..cinta ini sepatotnya berbalas..

bila ada masalah kita laz sebut jugakkan allah allah allah..sebabnya kita yaken itu lah pengharapan terakhir dan percaya dia yang menguasai segalanya..tapi jangan hanya bila susah baru ingat..tiap masa kena ingat..tunjukkan kecintaan kita pada dia setiap masa..andai terlari sikit mintak keampunan..

waktu muda..jangan hanyut dengan cinta yang salah..mencari pelbagai sebab menghalalkan pelbagainya..tapi hakikat yang jelas..cinta pada manusia banyak bawa kepada masalah..satu ingatan untuk aku sendiri tuh..jangan terpedaya dengan cinta kepuraan..yang akhirnya akan hanyut..biar dikatakan jenis tak berperasaan, suka sorang-sorang, belagak, dulu kaw pown sama dan macam-macam lagi orang boleh perkatakan..biarkan dan biarkan..tak der masalah semua tuh..

satu yang aku selalu kata untuk kekuatan diri sendiri jugak..biar tak dapat redha manusia..janji dapat redha dari Allah tuh..sebab kalau dapat redha dari manusia, disukai manusia belum tentu diredhai allah, dikasihi allah..tapi satu yang pasti dengan dapat redha allah, pasti dapat sayang dari manusia, penghormatan dari manusia, kasih sayang dari manusia..jangan biar hidup terus terbelenggu..

aku pown mengharapkan jodoh baik-baik ngan aku nanti..walau aku sendiri pown banyak salah..tapi yang pasti masa masih ada kan..untuk bukti cinta dekat pemberi anugerah cinta macam aku cakap tadi..masa sentiasa ada..hargai masa yang ada sebelum masa itu ditarik sepenuhnya semula..

da tu jer yang nak berkata-kata pagi ni..ni lar buktinya cinta ku termekar semula..huhu..lama tak bercerita macam ni..sebab aku sendiri pun tunggang terbalik jer hidup..tapi jangan terpedaya lagi..walau kaw baru masuk islam..kaw wajib ingatkan orang islam sama kaw walau kaw sendiri tak baek mana..tu ape tah lagi yang memang da lama islam ni..macam lar penulis yang sedang menulis nie..haha..

cinta kat manusia tuh..aku tunggu..nanti ada lar jodoh tuh..sekarang kalau aku ada suka kat orang pun..biar jer lar..memendam rasa memendam perasaan..wahh..haha..tak der lar..gurau-gurau pagi.huhu..kalau ada jodoh tuh ader lah kan..tak kemananya..ataupun aku bakal jumpa lagi terbaik dari tuh..wahhhh..hahaha..

1 comment: