Wednesday, June 24, 2015

Aturan Kehidupan

Lama dah niat nak menulis semula ni, cuma ni baru berkesempatan. Ni pun lepas dengar satu lagi kegusaran pada orang lain dalam hadap beberapa benda. Niat nak tulis ni waktu kes yang adik-adik kecik tu hilang mak ayah sebab eksiden dengan myvi tu. Tu lah kisah-kisah kehidupan yang terus berlaku dengan macam-macam cerita, macam-macam keadaan macam-maca rasa. Dan bila hati terasa senang hati selalu sangat, sampai kita lupa sekeliling banyak lagi mengadap beberapa perkara. Itulah aturan dari kuasa terbesar tu. Yang ramai jatuh kecewa dalam hadapnya dan ramai jugak berjaya lepas dari kegusaran ni. Semoga yang ada dalam kegusaran yang kecik ataupun besar, mendapat jalan keluar daripada perkara-perkara tersebut. Mintaklah pada penguasa terbesar untuk dipermudahkan segala urusan itu. Kerdil kita ni. Moga aku juga jika datang ujian-ujian, satu jer mintak, jangan dijauhkan dengan Allah dalam hadap apa-apa semua tu. Sebab yakin tu lah kuasa terbesar yang atur dan jangan lupa Dia juga kata, setiap sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Moga semua yang dalam hati gelisah kegusaran dipermudahkan segala urusan oleh Allah. :-)

Thursday, April 24, 2014

Mengingatkan Kerana Sayang

Perihal mengingatkan kadangkala diri sendiri tidak layak untuk menyampaikan..bukan kerana ingkar pada suruhan tetapi kerana rasa akan diri sendiri yang seutamanya perlu di ingatkan sebelum kepada yang lain..diri yang sering melakukan kesalahan..kesempatan mengingatkan hanya mampu diberikan pada orang yang dirasakan penting walaupun hakikatnya tujuan adalah untuk semua tanpa mengira kepentingan kerana kesemuanya terdapat kepentingan..mengingatkan sesuatu pada yang asal dan sepatutnya setakat ini hanya mampu diberi pada kumpulan yang dikatakan mempunyai kepentingan itu mengikut diri ini..tiadalah lain selepas disampaikan pada yang berkepentingan itu yang hakikatnya kerana sayang pada mereka..terlalu sayang pada mereka lalu menyampaikan apa yang sudah diketahui terlebih dahulu sama ada kumpulan yang disayangi itu sudah tawu akan tetapi lupa atau benar-benar tidak tahu..tujuannya satu untuk sama membawa ke arah pertemuan yang ditunggu pada saat diri redha padaNya dan Dia redha pada diri ini..akan kerana sayang di atas dunia tiada apa melainkan menuju pada Dia..perihal mengingatkan ini boleh jadi menjadi bukti akan sayang menuju ke arahNya..moga kita semua di dalam redha dariNya :-)

Tuesday, April 15, 2014

Selamat Pengantin Baru Angah!!!

:-)

Ni kira ucapan panjang lah untuk angah..saja tulis kat blog pulak..haha,,mula-mulanya tahniah dah selamat dah dirikan rumah tangga..saja nak cerita masa program Bintulu Berselawat..yang dtg Al Habib Najmuddin Al Khared ada sampaikan pesanan masa nak penutup..katanya bawak pulang ke rumah pesanan ni..tak ingat semua..tapi ni nak ingatkan semula dekat acid dan nak sampaikan pulak pada angah..nak cakap sendiri tak berapa nak pandai..haha..lebih kurang katanya..bila buat sesuatu utamakan yang Allah suka daripada kita suka dalam semua perkara :-).. Haa yang ni acid sendiri pulak cakap..haha..selamat menjalani kehidupan berumah tangga..semoga bahagia selalu bersama isteri hingga ke syurga..untuk kak ema..jaga angah baik-baik jugak..haha..dan last sekali semoga kita sekeluarga semua dalam redha Allah..Amin  :-)

Friday, March 28, 2014

Catatan di Mulu (4-8 Mac 2014)

Perkampungan Long Iman, Mulu (yang berbumbung)

Yang ni lebih nak cerita perkongsian pengembaraan lebih kurang macam tuh..haha..pada 4 sampai 8 Mac lepas aku berpeluang sama untuk turut serta dalam satu program universiti dekat Mulu, Sarawak..lebih spesifik program tu dibuat di Perkampungan Long Iman namanya..satu kampung dikira terletak dekat pedalaman yang majoritinya berbangsa Penan..kampung ni tak ramai sangat orang hanya satu rumah panjang..lebih kurang campur semua ada kot puluh ke seratus lebih orang..