Thursday, April 24, 2014

Mengingatkan Kerana Sayang

Perihal mengingatkan kadangkala diri sendiri tidak layak untuk menyampaikan..bukan kerana ingkar pada suruhan tetapi kerana rasa akan diri sendiri yang seutamanya perlu di ingatkan sebelum kepada yang lain..diri yang sering melakukan kesalahan..kesempatan mengingatkan hanya mampu diberikan pada orang yang dirasakan penting walaupun hakikatnya tujuan adalah untuk semua tanpa mengira kepentingan kerana kesemuanya terdapat kepentingan..mengingatkan sesuatu pada yang asal dan sepatutnya setakat ini hanya mampu diberi pada kumpulan yang dikatakan mempunyai kepentingan itu mengikut diri ini..tiadalah lain selepas disampaikan pada yang berkepentingan itu yang hakikatnya kerana sayang pada mereka..terlalu sayang pada mereka lalu menyampaikan apa yang sudah diketahui terlebih dahulu sama ada kumpulan yang disayangi itu sudah tawu akan tetapi lupa atau benar-benar tidak tahu..tujuannya satu untuk sama membawa ke arah pertemuan yang ditunggu pada saat diri redha padaNya dan Dia redha pada diri ini..akan kerana sayang di atas dunia tiada apa melainkan menuju pada Dia..perihal mengingatkan ini boleh jadi menjadi bukti akan sayang menuju ke arahNya..moga kita semua di dalam redha dariNya :-)

No comments:

Post a Comment