Friday, March 28, 2014

Catatan di Mulu (4-8 Mac 2014)

Perkampungan Long Iman, Mulu (yang berbumbung)

Yang ni lebih nak cerita perkongsian pengembaraan lebih kurang macam tuh..haha..pada 4 sampai 8 Mac lepas aku berpeluang sama untuk turut serta dalam satu program universiti dekat Mulu, Sarawak..lebih spesifik program tu dibuat di Perkampungan Long Iman namanya..satu kampung dikira terletak dekat pedalaman yang majoritinya berbangsa Penan..kampung ni tak ramai sangat orang hanya satu rumah panjang..lebih kurang campur semua ada kot puluh ke seratus lebih orang..



Kira ni rangkuman cerita semua ni..haha..4 mac 2014 ni hari aku ke sana..banyak jugak persediaan sebelum ke sana..daripada Bintulu tempat aku duduk sekarang nak ke sana dengan ke bandar Miri dulu dalam 3 jam lebih perjalanan lepas tu naik flight ke Mulu lebih kurang 30 minit dan ke kampung tuh dengan naik bot lebih kurang 40 minit. Agak letih tapi bila landing jer dekat lapangan terbang Mulu ni terus teruja sikit tengok tempatnya..

Lapangan Terbang Mulu

Sampai situ pon dah rasa woww..haha..lepas tuh terus untuk naik bot pulak..ni sekali lagi jadi teruja sebab tengok persekitaran dia..

Jeti

Perjalanan ke kampung

Lepas tak lama tuh sampailah ke kampungnya..disambut dengan mesra dari orang kampung..hari pertama ni tak da apa-apa sangat buat..cuma bersembang-sembang dengan orang kampung jak..macam-macam buat dekat sana sana tuh hari-hari berkutnya..tujuan utama ke sini sebenarnya untuk program pengembangan pertanian..

Tapi yang nak bagitawu..paling-paling aku belajar dan nampak dekat sini ialah terasa sangat bahagia bila tengok orang gembira..haha..fokusnya sebenar dekat adik-adik kecil kat sini..mengikut jadual memang ada aktiviti dengan mereka semua..tapi boleh dikata banyak masa jugak dengan adik-adik ni sepanjang kami dekat sana..

Dari aktiviti melukis, belajar kenal huruf asas, conteng-conteng kertas, main tepuk-tepuk tangan, buat kapal, buat kipas, buat jet pakai kertas semua, main tangkap gambar dorang pastu terus tunjuk kat dorang..banyak yang tunjukkan reaksi gembira walaupun ada batasan dalam komunikasi sebab bahasa pertuturan diguna berbeza kan..jadi satu kepuasan bila mampu buat orang tersenyum kan..






Yang nak bagitawu tuh jerlah..haha..moga ada peluang lagi untuk ikot aktiviti-aktiviti gini..bez kot boleh rasa gini kalo ada mana-mana aktiviti sukarelawan libat-libat aktiviti gini..ni gambar-gambar dekat sana..haha





We are the world, we are the children
We are the ones who make a brighter day
So lets start giving
There's a choice we're making
We're saving our own lives
Its true we'll make a better day
Just you and me

Send them your heart so they'll know that someone cares
And their lives will be stronger and free
As God has shown us by turning stones to bread
So we all must lend a helping hand

Ok sekian :-)



No comments:

Post a Comment