Thursday, August 16, 2012

dari sisi

sisi
Berkata seakan menjadi waktu akhir di situ, memandang sekeliling seperti tidak lagi berjumpa. hendak jauh, seperti dirasa tidak beri sesuatu, cuba menjadi sesuatu, langkah mungkin tak berapa bijak rasanya..pilihlah di sini pula..cuba jadi sesuatu di sini, tidak tepikir jalan bijak, hanya memikir menjauh dari yang lepas..ada juga meminta di sini, sebab itu juga dituruti, tidaklah jauh memandang walau hakikatnya menjadi dekat..


Tunggunya panjang, awal seperti tiada apa,
bila hampir masih diharap,
namun nampaknya tetap sama seperti apa ditutur,
kenalah itu, dua perkara tak bersatu,
menangnya yang selalu ditutur..

Berat tapi terima, riak kecewa datang
riak berubah lepas itu,
diterima juga selepas melihat lebih jauh,
terima lah dengan terbuka semula,
seperti melihat depannya di situ,
seakan pasti jadi..

Di tengah melihat depannya,
terpandang pula depan pada jalan lain,
ahh mulai lah padam melihat kedepanan sebelum ini,
bergelora lah semampunya,
namun dipujuk kuasa hakiki,
gelora masih tak dapat ditutup dengan kuasa hakiki rupanya..

Meletak dalam goncang,
dinilai dan dinilai,
kuasa awal pasti menang, menunjuk jalan depannya,
sujud semula menyata salah, kerana kegoncangan itu, 
benar tutur selang tak sekuat di hati,
syukur hati mampu menawan semula..

No comments:

Post a Comment