Friday, August 31, 2012

catatan kemerdekaan

merdekakah?
Kenalnya aku dekat merdeka tu bermula waktu belajar kat tadika kemas..aku kenal merdeka dengan sambutan nyanyi-nyanyi, menari-nari, live band, cabutan bertuah, makan percuma pada malam sebelum 31 ogos..hampir pukul 12 malam sebelum hari berpindah mulalah kiraan menghargai setiap saat sebelum jam tunjuk tepat pukul 12 malam..lepas tuh bergemalah laungan merdeka merdeka merdeka..tamatnya tetap juga dengan nyanyian kasi tambah sikit bunyi mercun..


 
Naik sikit umur, rupanya baru tawu malam merdeka mesti ada sambutan kat dataran merdeka, klcc ..atur cara tetap sama, cuma tidak lagi dengan orang-orang separuh umur yg menyanyi..haha..diganti nyanyian dengan artis-artis popular..mcm tu lah diperkenalkan yg merdeka tuh seakan hanya hiburan sebentar sebelum mengira tiap-tiap saat yg tak pernah dihargai sebelum itu..selepas meletupnya bunga api balik lah semua..

Dah makin membesar lagi..baru tawu masa merdeka tuh lah kena lepak kat dataran merdeka..pastu penuhlah manusia menyambut merdeka tuh..dengan bawak basikal ramai-ramai, tunjuk power bawak motor pastu tambah lagi pesta maksiat..musim mengawan lar tuh mlm merdeka..haha

Adalah jugak belajar kat sekolah pasal erti merdeka, penghayatan merdeka bagai..apa kaw ingat aku nak dengar?haha..lps kaw curah dengan hiburan mcm-mcm baru kaw nak ajar menghayati merdeka..tidaklah sampai apa artinya merdeka..yang pasti ramai tawu merdeka itu hiburan..hiburan tu merdeka..haha..ltk bendera, lps tuh habislah..tiap2 tahun tetap diulang skrip sama..

Merdeka dikenal bebas dari penjajah..tu semua tawu dah tak payah cerita..yg perlu dicerita betapa mentaliti yg tetap dijajah hingga hari ni..transformasi ke arah satu tahap mentaliti lebih tinggi mesti diterapkan..jika lepas makan buang sampah merata, masuk toilet tak flush, ludah sana-sini, npk sampah biarkan..takkan lar tercapai kemerdekaan pemikiran tu..tu contoh kecik, tak payah ckplah yg besar2 lg kan..

Jadinya, kemerdekaan diri perlu dicapai lebih dahulu barulah moengenal erti kemerdekaan sebenar..merdeka bukan dipandang sebelah bahagian dengan melupakan bahagian yang lain..sama-sama merdekakan diri..yeahhh..peace..

No comments:

Post a Comment