Tuesday, August 2, 2011

ziarah dakwah kg. labang

muatan agak berat di situ :-)
31 julai 2011 yang lepas..satu rombongan daripada bintulu iqra centre, jawatankuasa kebajikan islam mlng, yayasan amal malaysia dan ppd bintulu telah mengadakan ziarah dakwah di kg labang dalam kawasan sebauh..huhu..mcm berita dah ayat aku nie..biarkan sj..haha..kami bersama untuk sampaikan sumbangan pada  org islam di kampung tu sempena menyambut kedatangan ramadhan pada kali nie..



perjalanan lebih kurang 2 jam daripada bintulu nie..boleh kata mencabar jugak lar..sebab sampai masuk jalan ladang kelapa sawet..hampir 20 minet rasanya pakai jalan batu tuh..untung tak hujan..kalau tak bahaya mungkin boleh jd..konvoi kali nie..lebih kurang 12 kereta semua..semua masuk jer jln kelapa sawit tuh..mmg hebat kereta semua..huhu..

konvoi mula masuk jln ladang sawet..

akhirnya semua selamat sampai..tapi pastu kena seberang sungai plak..terasa sangat gumbira dapat ikot kali nie..dan aku cukup bersemangat memindahkan barang-barang untuk sumbangan ni..haha..memang excited ar masa tuh..tapi dalam masa sama tetiba rasa kesian dekat orang kampung tuh..sebab kawasannya agak dalam kan dari dunia luar nie..

kena menyeberang sungai utk ke kg. labang

yang menyambut kami untuk naek bot..dua org budak kecik..aku pown masa awalnya tak yaken jer yang budak-budak nie yang nak bawak..haha..tapi naek jer..semestinya mereka pakar da tuh..huhu..di seberang sungai kami terus ke masjid kg. labang..dan ramai sudah menunggu kehadiran kami di situ..sebabnya mereka da diberitahu awal tentang kedatangan kami semua..rasanya penduduk di situ pown tak ramai sangat..yang menyambut kebanyakannya org da berusia..yang muda mcm aku ada tanyer sorg pakcik nie..ramai keluar..raya baru ramai yang balik..

aku pown tak paham sgt per dorg ckp sebenarnya..tapi dpt ar jugak tangkap sikit..huhu..kalau ikot kata yang ikot rombongan sekali..org kg. nie..kaum melanau semuanya..kehidupan mereka kalo diikotkan agak susah..sebab tuh lar yang kami dtg memberi sumbangan nie..bagi memeriahkan jugak sambutan ramadhan mereka semua..majlis serah sumbangan di buat dalam masjid kg. labang tuh..

sewaktu majlis umbangan dijalankan

majlis bermula dengan ucapan-ucapan..ketua kampungnya banyak mengucapkan terima kasih sbb sudi dtg dan bagi sumbangan..kalo ikut pakcik yang ada bersembang dgn aku jugak..mereka sgt berterima kaseh atas sumbangan diberikan..npk jelas..masih ramai lagi yang kurang berkemampuan sedangkan kita tgh hidup dalam penuh selesa..saudara seislam kita sendiri ada yang menyambut ramadhan dengan penuh kekurangan..tapi tak per..semua tu ujian..bagi yang mampu banyakkan membantu..sedekah pown amat digalakkan dalam bulan ramadhan nie kan..

wakil dari petronas mlng

kalau tak silap kat kg. tuh..elektrik semuanya pown daripada generator sahaja..kat sini mengajar aku erti syukur..banyak sangat dah nikmat kita dapat namun masih jugak kurang bersyukur kan..masih bernafas nie pown sepatotnya sentiasa ucapkan kesyukuran sbb kalau tak bernafas dah..sampai situ sj lar nyawa kita nie..selalu ucapkan alhamdulillah..segala puji bagi allah..ingatan untuk tuan punyer badan nie jugak..sbb kalau yang menulis ni..kalau bercakap telinga paling dekat pown..telinga aku jugakkan..huhu..so sama-sama lar turut ingat-ingatkan dan selamat beramal..:-)

semoga usaha yang baik oleh ngo-ngo spt di atas diberkati allah..dan semoga dapat diteruskan pada masa hadapan lagi..dlm bulan puasa nie..perancangan ziarah dakwah ada 3 kali lagi..semoga allah bg keizinan lagi untuk teruskan misi tuh..insyallah..

dalam masih di bulan ramadhan nie..sama-sama kita tingkatkan amalan..agar mendapat keampunan daripada pencipta kita nie..semoga berjaya pada ramadhan kali nie..

2 comments:

  1. wah....bez nya..saya ni kata je orang sarawak..p xpnah pun g kwasan pndlaman cm 2..naik bot..hahha

    ReplyDelete
  2. haha..kluar sket dari kuching tuh..

    ReplyDelete