merdekakah? |
Kenalnya aku dekat merdeka tu bermula waktu belajar kat tadika kemas..aku kenal merdeka dengan sambutan nyanyi-nyanyi, menari-nari, live band, cabutan bertuah, makan percuma pada malam sebelum 31 ogos..hampir pukul 12 malam sebelum hari berpindah mulalah kiraan menghargai setiap saat sebelum jam tunjuk tepat pukul 12 malam..lepas tuh bergemalah laungan merdeka merdeka merdeka..tamatnya tetap juga dengan nyanyian kasi tambah sikit bunyi mercun..